Sunday, June 21, 2009







<-lencana sekolah menengah kebangsaan shahbandaraya

SMK Shahbandaraya merupakan sekolah menegah kebangsaan harian yang terletak di Jalan Raja Nong, Off Jalan Kota Raja. Klang, Selangor. Sebelum ini, ia menggunakan nama SMK Kampog Jawa 2 sebelum nama nya ditukar pada 17 Januari 2005 kepada SMK Shahbandaraya.SMK Shahbandaraya, yang terletak disebuah kawasan seluas lima hektar ini, merupakan sebuah sekolah campuran lelaki dan perempuan, yang menempatkan pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam.Pada tahuni 2005. sekolah ini telah terpilih untuk menjadi salah sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar bagi “Program Kelas Rancangan Khas (KRK)” dimana ia merupakan satu program penempatan berkelompok bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi tidak mendapat tempat ke sekolah-sekolah beras¬rama penuh. Kemasukan pelajar ke sekolah ini adalah tertakluk di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Klang.Sekolah ini memulakan sessi persekolahan pertama nya, pada 5 Januari 2004 dengan menempatkan seramai 158 pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat manakala bilangan guru pula adalah seramai 18 orang dengan bantuan staf sokongan seramai 6 orang. Dan bilangan itu terus bertambah sejajar dengan pertambahan kelas-kelas yang baru dibuka.SMK Shahbandaraya, dilengkapi dengan 36 buah bilik darjah, 6 buah bilik Makmal Sains. 2 buah bilik Makmal Komputer, Pusat Sumber, Surau, Kantin, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Kejuruteraan dan segala kelengkapan asas yang boleh menampung pelajar seramai 1300 0rang bagi satu-satu sessi persekolahan.



visi smk shahbandaraya



Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, sebagal sebuah sekolah pilihan yang bertaraf lima bintang menjelang tahun 2010.


falsafah smk shahbandaraya


Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami warga pendidik SMK Shahbadaraya, bertekad akan berusaha untuk menjalankan amanah, membirnbing dan mendidik pelalar-pelajar ini bagi mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, demi melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan bertoleransi

objektif smk shahbandaraya

Mendidik ke arah perkembangan mental, fizikal,emosi dan rohani yang seimbang dan harmonis bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Menghasilkan pelajar-pelajar yang berakhlak, berilmu dan berketerampilan bagi memenuhi modal insan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Menjadikan kecemerlangan sebagal matlamat utama ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Mengamalkan budaya pengurusan kendiri, berkualiti, mesra, sistematik dan efisien.
Membina kesepakatan dalam konsep kerja sepasukan dan rasa sepunya yang padu.
Menghasilkan pelajar yang bersemangat dalam meneroka imu sebagai memenuhi keperluan agama, bangsa dan negara
lagu sekolah


Kami bertekad cita yang satu,
Cemerlang menepati wawasan,
Hidup berakhlak hidup beramal,
Berilmu dan harmoni.
Luas lautan rempuh gelora,
Genggam ilmu di dada,
Ilmu menjana kemajuan,
Bermula disini.
Maju Sekolah ku terus maju,
Cemerlang menepati wawasan,
Berinovasi berprogresif,Celik teknologi.